~sahabat~

Thursday, December 23, 2010

Di Kala Malam Yang Sunyi Sepi

Sedang Bani Insan Tenggelam Dalam Tidur Dan Mimpi,

Musafir Yang Malang Ini Tersentak Bangun 
Pergi Membasuh Diri 
Untuk Datang Mengadap-Mu Ya Allah. 

Lemah Lutut Berdiri Di HadapanMu 
Sedu-Sedan Tangisku Keharuan 
Hamba Yang Lemah Serta Hina Ini 
Engkau Terima Juga Mendekat
Bersimpuh Di Bawah Duli Kebesaran

Ya Allah, 
Hamba Tidak Pasti 
Bagaimana PenerimaanMu 
Di Kala Mendengar Pengaduan Hamba 
Yang Penuh Dosa Dan Noda Ini.

Dalam Wahyu Yang Engkau Nuzulkan 
Engkau Berjanji Untuk Sedia 
Menerima Pengaduan 
Dan Sudi Memberi Keampunan.

Dan Muhammad RasulMu Yang Mulia 
Itu Pernah Mengatakan: 
"Ampunan Tuhan Lebih Besar Dari Kesalahan Insan". 

Hamba Percaya Pada Tutur Kepastian Itu 
Sebab Itu Hamba Datang Wahai Tuhan 
Bukan Tidak Redha Dengan Ujian Yg Kau Beri
Aku Sekadar Hendak Mengadu PadaMu 
Tempat Hamba Kembali Nanti 
Memohon Sakinah, Maghfirah Dan Muthmainnah~

~ Ya Allah, Aku Memohon Keimanan Yang Menyentuh Hatiku Dan Keyakinan Yang Tulus. Jadikan Aku Redha Pada KetentuanMu Dan Berkatilah Aku Dalam TakdirMu.. Moga Dikuatkan Iman Yg Lemah .. Ameen ~

Friday, December 3, 2010

WANITA SOLEHAH

“ Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan atau lirikan senyuman, pada bicara manja yang mengoda, pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya…

Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita.  Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa Adam yang engkau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu..kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan Adam yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkanmu…”

Monday, November 15, 2010

Tertawa Di Dunia Menangis Di Akhirat

Dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda 'Banyak orang tettawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'. Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri.Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi. Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampuai batas.Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu.Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita.

Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan.  Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.


“Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur”. Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.


Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu,akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: “Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawadi dunia nescaya banyak menangis di akhirat.”


Saidina Ali sentiasa mengeluh ‘....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....’ Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira  24  jam.


Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda ”Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka.”Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.


Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu.  Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata “Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak.”


 "ADAKALA kita perlu menangis supaya kita sedar bahawa ketawa sekadar untuk gembira...

ADAKALA kita perlu ketawa supaya kita dapat menilai betapa mahalnya setitis air mata...
DAN...ADAKALANYA kita perlu menghargai apa yang kita ada kerana selepas kehilangannya barulah kita menyedari yang dia amat berharga untuk kita..."
Wallahualam..

Wednesday, November 3, 2010

PEREMPUAN ITU....

PEREMPUAN ITU…

“Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah, Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya..kerana Allah teramat mencintaiNYA…Tetapi andai kita bergelombang dengan cinta lelaki, Dimana Allah untuk menjaga kita?Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita…

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta serang lelaki bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijaganya…Mengapa masih ragu-ragu???Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari!..Hargailah diatas kesempatan yang Allah berikan…”

Monday, October 18, 2010

Untukmu Adik-adik..

Salam 'alaik buat adik2 yg dikasihi...
Tidak terluah dengan kata-kata saat pertama kali bertemu kalian..
sungguh..akak bersyukur kerna dberi peluang mengenali kalian..
setiap pertemuan itu telah diatur oleh Allah..sesungguhnya Allah mengetahui segalanya.. 
ketahuilah diri ini amat menyayangi kalian..sangat mengasihi kalian..akan sentiasa bersama kalian..
insyaALLAH
cinta, kasih, sayang akak pada kalian kerana Allah..


Andai ada terlanjur bahasa..
harap dimaafkan segala dosa..
semoga silaturrahim mekar sentiasa..
Semoga REDHA ALLAH mengiringi kita..


akak gembira melihat adik2 akak ceria semuanya..
Ya Allah, kurniakanlah kami adik-adik yang mengasihi kami kerana-Mu, kurniakan juga untuk kami kekuatan untuk mengasihi mereka dalam mencari redha-Mu dan bantulah kami untuk bersama mentaati-MU


Ya Allah, jagalah adik-adikku dalam agama-MU, Kuatkan pijakan kakinya dijalan-MU, Kuatkan Jasadnya dengan Rahmat-MU, Buatlah dia tersenyum menerpa kelak ke surgaMU..

Ya ALLAH, muliakan dan sayangilah saudaraku ini, bahagikanlah keluarganya, kurniakanlah kesihatan padanya, berkatilah rezekinya, kuatkanlah imannya, kurniakan kepadanya kenikmatan beribadah, jauhkan dirinya dari fitnah , Suburkan benih KEISLAMAN dalam dirinya dan keluarganya dengan penuh rasa kasih sayang dan kurniakan kami semua keselamatan dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat...amin


sayang kalian...:)

Sunday, October 17, 2010

KeNapa beG!n!, bukaN beGitu.???

Salam 'alaik sahabat2 ana...

Ana mendapat 1 mesej drp nombor yg tidak dkenali..  slps mbaca, ana m’balas msej t’sebut dgn menanyakan siapa yg empunya nombor..  msej dibalas dgn mnyatakan dia adalah junior ana..  xperlulah ana sebutkan namanya..

Mesej td berbunyi..  “kenapa dalam hidup kita tak boleh dapat semua apa yang kita nak???"


Hurm..agak payah ana memikirkan jawapan terbaik utk diberikan kpd junior ana itu..bimbang dan khuatir 
jwpn yg bkal ana berikan m’burukkan lagi keadaan…


Sahabat2 sekalian,


Sebenarnya Allah m’berikan lebih daripada apa yang kita pinta tanpa kita sedari…

Setiap yang kita perolehi hari ini adalah milik ALLAH.   Kita tak dapat apa yang kita nak tapi ALLAH memberi apa yang kita perlu…….  dalam surah al-Baqarah ayat 216,

“ boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tapi ia amat buruk bagimu.  Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..”


“Kita meminta rama-rama, Allah berikan ulat bulu… Kita meminta bunga, Allah berikan kaktus… Kita tak tahu kenapa Allah memberi bukan yang kita pinta...tapi sedarkah kita!!!! Dari ulat bulu itulah tanpa disangka-sangka menjadi rama-rama yang cantik..”


Kadang-kadang Allah tidak terus memberi apa yang kita pinta…Kenapa??????

Tidakkah kita terfikir betapa Allah menguji kesabaran dan keimanan kita kepada-Nya….

Apa yang telah diaturkan oleh Allah adalah yang terbaik untuk kita.  Bukan semua perkara yang kita boleh miliki…Bukan semua orang boleh miliki apa yang kita miliki.  Setiap orang adalah berbeza….

Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang ada.  Bersikap sederhanalah dalam semua perkara……

Wallahualam..

Thursday, October 14, 2010

Kita Sebenarnya....

Kita sebenarnya...


......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !
......lebih suka lepak, tidur, tengok TV...dll daripada Solat dan mengaji !

......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !
......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !

......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !
......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
.......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA.. ....lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga Milik Allah???

Tepuk dada tanya Iman dan ilmu didada...

WALLAHHUALLAM

Wednesday, October 13, 2010

:.NIAT WUDUK.:

salam 'alaik buat sahabat2..pertamanya nak minta maaf banyak2 sebab dah lama tinggalkan teratak ni..
untuk kali ni, ana nk kgsi ttg niat wuduk..
sbnrnye ana dh lame thu perkara ni..tapi skrg baru terdetik nak share pkara ni untuk amalan bersama...

Semasa kt kampung, mak slalu pesan ble ambil wuduk niatkan skali........
Semasa di kampus, ana terdengar ustaz mberi tazkirah bkaitan wuduk dimana sama ngan pesan mak ana tu.....

haa..nk thu pe pesan tu???
shbt2..sbnrnye selain kite niat semasa berwuduk..kita boleh amalkan perkara ni...


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunglahdaku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,ampunilah dosa telinga ku ini".


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, Bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukantempat-tempat maksiat".


Penjelasannya:


1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah


2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri


3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan


4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri


5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala


6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll


7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali


8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah


Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.


WALLAHUALAM..

Friday, September 24, 2010

Dedikasi untukmu teman..Preschool Of Roxs..

Tiada kata-kata yang mampu diluahkan...

Hanya..bersyukur atas pertemuan ini..diri ini sangat menyayangi kalian..sangat mengasihi kalian...nilai hubungan kita adalah harga sebuah persahabatan...yang dibina atas dasar mencari keredhaan Allah...persahabatan yang membawa cinta kepada Allah...

"Dua orang sahabat yang bersahabat kerana Allah, mereka bertemu kerana Allah dan mereka berpisah kerana Allah".

Ketahuilah teman..
diri ini sentiasa bersama kalian...
sentiasa menyayangi kalian...
sentiasa mengasihi kalian..
selagi jantung masih berdegup...selagi nadi masih berdenyut...
semoga...sayang ini berkekalan hingga ke syurga abadi...

~kau sahabat kau teman~
Ya Allah, kurniakanlah kami sahabat yang mengasihi kami kerana-Mu, kurniakan juga untuk kami kekuatan untuk mengasihi mereka dalam mencari redha-Mu dan bantulah kami untuk bersama mentaati-MU
Ya Allah, jagalah Sahabatku dalam agama-MU, Kuatkan pijakan kakinya dijalan-MU, Kuatkan Jasadnya dengan Rahmat-MU, Buatlah dia tersenyum menerpa kelak ke surgaMU...
Amin,ya Rabbal 'alamin

Thursday, September 23, 2010

Hipokritkah Kita???Anda penilainya..







Assalamualaikum... Wahai sahabat², seagama  dan seiman denganku... Tolonglah ambil masa3 minit untuk membaca note ini.... 3 Minit je, tak lama pun.. Kalau lebih 3 minit tu bukan membaca la tu.. tapi mengeja.. ;-) hehe..Mungkin ada yang pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... 

Bayangkan benda ini berlaku pada anda...Suatu hari pada masa solat jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa2 cuma dua biji mata and membawa mesin gun...

Lalu salah seorang lelaki tu bertempik  "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH 
 sila berdiri di tempat kamu!!" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah 
bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...

 Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan solat Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macam mana, adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas.???selain terhibur anda Fikirkanlah... "Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku diaIslam hanya 20 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelakihanya membawa mesin- gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak solat jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time solat jumaat.. tunjuk muka katorg kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile timesolat raya..." 

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam alQuran.." "

Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara,akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia..."lupakah kita tentang itu???janji Allah itu pasti..

"Lawak kan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa.. Adilkah kita terhadap khaliq kita???

Sekadar  untuk berkongsi kepada sahabat2 tentang apa yang berlaku di dunia kita skrg,...ambil pedoman apa yg berlaku di atas..sama2 kita tingkatkan IMAN kita..Islam cara hidup kita..:p



Saturday, September 18, 2010

Ikhlas, Beramal kerana Allah





Sudah lama x update blog ni.. Telah lama tinggal akibat kekangan masa..ok2..Sahabat2..ana nk crite satu prkara. 


Sebenarnya ana ade niat nk delete blog ni..pd pdapat ana, ada blog buang masa.  knp ana bfikiran begitu???ana sedih melihat sahabat2 ana yang lalai duk asyik mengedit blog spjg masa.  Jika mgedit blog yang mdatangkan kebaikan kepada diri dan orang lain, ana x kisah krn itu yg lbh baik tp jika melalaikan ana sedih. Alangkah ruginya..byk masa dihabiskan dengan mgadap laptop setiap detik..masa dibiarkan pergi begitu sje.lebih baik masa yang ada kite isi sebaiknya dengan melakukan prkara yang dapat mendekatkan diri kpd Pencipta.

Ana suarakan niat ana itu kpd seorang sahabat ana. Ternyata, responnya mgubah pmikiran ana..Katanya, "kita sbgai pewaris pjuangan Nabi SAW..truskan usaha tuk mbantu sahabat2 kita kmbali kpd Allah..menulis ni juga satu cara mgajak sahabat2 kpd Allah..mudah2an dengan ini, hati sahabat2 tbuka untuk mnerima islam dengan sebenar2nya.."

Benar kata sbhtku..jika kita niat ikhlas melakukan sesuatu itu hnya kpd Allah, mka kita prlu yakin dgn apa yg kita lakukan..

 Ya Allah, ana bagai tsedar dri mmpi..ana cpt putus asa..Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku..ssguhnya, aku lalai kpd tugasku..ampunkan aku Ya Allah.

Sedang berbual dengan sahabat ana itu.....tibe2..
titt..titt..bunyi mesej masuk.  ana membukanya..satu mesej drp nombr tidak dikenali..
msej itu berbunyi..

" Bila mana diri diwakaf untuk perjuangan Islam, jgn sesekali berniat untuk meloloskan diri.  Sekali melangkah kehadapan, maka teruskan langkah itu. Jgn pernah terlintas untuk melepaskan ikatan rabithah perjuangan. Walau ribuan tribulasi melanda, yakinlah atas apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba.  Derita kita adalah derita ummat terdahulu. Penat kita hari ini untuk generasi akan datang.  Perjuangan harus diteruskan..Beramal kerana Allah"

Bermula dr saat itu, ana brazam tuk truskn mnulis blog ni..mudah2an, sesiapa yg singgah di blog ana ni mdapat sesuatu walaupun sdikit..mudah2an hati kita semua terbuka untuk menerima Islam dengan sebenar2nya..bukan mengambilnya separuh2, bukan juga mengambilnya sipi2..mudah2an kita sentiasa berada dalam naungan rahmat Allah SWT..amin..

wallahualam..

Sunday, July 25, 2010

Dimana Letaknya Kita Sebagai Wanita Islam?

DIMANA LETAKNYA KITA SEBAGAI WANITA ISLAM?



Lelaki :“Eyh,aurat tuh”
Perempuan :“Ala relakslah”
Lelaki :“Relaks?”
Perempuan :“Yup,relaks”

Astaghfirullahal adzim. Jujur, ini kisah benar. Lebih kurang macam inilah perbualan lelaki dan perempuan yang saya baca di ‘picture comment’ salah sebuah laman web sosial yang terkenal. Saya agak terkejut membaca ‘comment’ perempuan tu. Sedih bila difikirkan semula. Tapi, inilah realiti sebenar umat Islam.

Isu ini bukan lagi isu baru. Namun isu ini tidak pernah lekang dari keluhan dan perbualan. Persoalan demi persoalan timbul. Siapa sebenarnya wanita Islam? BAGAIMANA MEMBEZAKAN WANITA ISLAM DAN BUKAN ISLAM DARI CARA PEMAKAIAN MEREKA? Bukankan wanita Islam sepatutnya menutup aurat? Kenapa nak dedah aurat? Bagaimana nak membantu mereka sedangkan mereka sendiri tidak mahu membantu diri mereka?

Wanita Islam kini tidak berpakaian yang melambangkan mereka adalah wanita Islam. Bukan sahaja remaja, malahan semua peringkat umur boleh kita lihat. Pakaian ‘trendy’ yang menjadi pilihan dan ikutan dari barat menjadi perhiasan diri. Malahan, ada lebih teruk lagi dari sebahagian dari barat. Alasan yang diberikan, ingin cantik, taknak ketinggalan zaman, 'trend' terbaru dan macam-macam lagi.
“Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang,bukan terletak pada wajah dan pakaiannya” (hamka)


Jelas dan nyata dinyatakan dalam Al-Quran:
“ Wahai Nabi,suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu,dan perempuan-perempuan yang beriman,supaya melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuh(semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagaiperempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani”. (Al-Ahzab:59)



Dimana silapnya kita, wahai wanita Islam. Sedarlah. Cuba Tanya pada diri,” dimana letaknya kita sebagai wanita Islam?”. Islam sebenarkah kita atau Islam pada nama. Sedar atau tidak, kita sebenarnya membawa Islam ke mana sahaja kita pergi. Jangan terlalu salahkan pihak lain bila masalah maksiat,zina, dan sebagainya timbul. Tetapi kaji semula diri kita. Dari dosa berpakaianlah, lebih banyak dosa lain yang timbul. Na'uzubillah.

Thursday, July 22, 2010

Cukuplah Hanya Allah Bagi Kita

Menyerahkan semua perkara kepada Allah, bertawakal kepadaNya, yakin atas segala janji-janjiNya, redha atas keputusan-Nya, berbaik sangka kepadaNya,  menunggu kelapangan daripadaNya adalah sebaik-baik buah keimanan dan merupakan sifat orang-orang mukmin yang mulia. Ketika seorang hamba berasa tenang dengan kebaikan akhir daripada urusannya dan bersandar kepada Allah atas segala urusannya serta keadaannya, maka dia akan mendapat bimbingan, penjagaan, keteguhan dan pertolongan daripada Allah swt.
"Apabila engkau mendapatkan penjagaan Allah, Maka tidurlah dengan lelap kerana sekalian urusan akan berjalan secara aman"
Ketika Nabi Ibrahim a.s, dilemparkan ke dalam api yang membara, beliau berkata: Cukuplah Allah bagiku dan Dia adalah sebaik-baik wali, kemudian Allah merubah api yang membara tersebut menjadi sejuk dan keselamatan bagi Nabi Ibrahim. Demikianlah pula dengan nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat ketika diancam oleh kaum kafir, mereka berkata;
"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yg besar)  dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar" (Ali Imran: 173-174)
Sesungguhnya manusia tidak akan mampu melawan pelbagai kejadian di atas dunia ini, dia juga tidak akan menentang arus kehidupan kerana dia memang diciptakan dalam keadaan lemah dan tidak berdaya. Akan tetapi apabila dia bertawakal kepada Allah dan yakin atas pertolongannya, menyerahkan urusan kepada Allah maka dia akan dapat menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan hidup ini, jika tidak maka apakah usaha seorang hamba yang fakir dan dhaif ini dalam menghadapi masalah dan kesukaran hidup?
"Dan bertawakallah kamu hanya kepada Allah, jika kamu orang-orang beriman" (Al-Maidah: 23)
Marilah wahai orang-orang yang ingin menasihati dirinya untuk bertawakal kepada Allah yang Maha Kuat lagi Maha Kaya dan Perkasa, hanya Allah yang dapat menyelamatkanmu daripada musibah dan melepaskanmu daripada bencana, jadikanlah syiar dan semboyan dalam hidupmu; "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"

Jikalau hartamu hanya sedikit, hutangmu bertambah banyak, pendapatan tidak ada, dan pemasukan wang juga tidak ada maka ucapkanlah; "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"

Apabila penyakit menimpamu, rasa sakit menyeksa dirimu, dan dugaan tidak henti-henti menimpamu maka ucapkanlah"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"

Apabila engkau berasa takut menghadapi musuhmu atau dikejutkan oleh sebab fitnah orang atau kedengkian orang maka ucapkanlah; "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"

Sepertimana Firman Allah swt;
"Dan cukuplah Tuhanmu menjadi Pemberi petunjuk dan Penolong" (Al-Furqan: 31) 

Sumber: 30 Kunci Meraih Kebahagiaan, Dr Aidh Al-Qarni

Tuesday, July 20, 2010

Wahai Cinta


Duhai sahabat...
Cinta itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KE
TAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KE
IMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan 
ILMU...

Dan ketahuilah duhai sahabatku...
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,
merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...
Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama 
CINTA ingin bertandang ke rumahmu...
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang 
CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot 
TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan 
ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang 
CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :

Maafkan aku...
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot 
TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar 
TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih...

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (
HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna 
IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan 
ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani 
HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara 
HIKMAH ku...

Kau tahu wahai 
CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...
 
AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......







Duhai sahabat..
... Sungguh 
cinta itu indah,
Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...
Tetapi bagi pelajar macam kita ???
Cinta itu biasanya hanyalah musibah...

Cintailah 
ALLAH...
Yang sentiasa mencintaimu,
memeliharamu dan mengasihimu...
Saat mereka bertanya...
Mengapa kau mencintai
 ALLAH ?

Katakanlah wahai temanku...
Kerana 
ALLAH lah yang menciptakan aku,
memeliharaku dalam rahim bondaku,
kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...
Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...
Dan mengukuhkan tulangku...
Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...
Tutur bicara mulutku...

Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi 
ALLAH...
Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya...
Hidup dan matiku.......
Segalanya untukNya........
sumber drp  iluvislam 
Related Posts with Thumbnails