~sahabat~

Showing posts with label Penyucian Jiwa. Show all posts
Showing posts with label Penyucian Jiwa. Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

:.NIAT WUDUK.:

salam 'alaik buat sahabat2..pertamanya nak minta maaf banyak2 sebab dah lama tinggalkan teratak ni..
untuk kali ni, ana nk kgsi ttg niat wuduk..
sbnrnye ana dh lame thu perkara ni..tapi skrg baru terdetik nak share pkara ni untuk amalan bersama...

Semasa kt kampung, mak slalu pesan ble ambil wuduk niatkan skali........
Semasa di kampus, ana terdengar ustaz mberi tazkirah bkaitan wuduk dimana sama ngan pesan mak ana tu.....

haa..nk thu pe pesan tu???
shbt2..sbnrnye selain kite niat semasa berwuduk..kita boleh amalkan perkara ni...


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunglahdaku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,ampunilah dosa telinga ku ini".


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, Bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukantempat-tempat maksiat".


Penjelasannya:


1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah


2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri


3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan


4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri


5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala


6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll


7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali


8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah


Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.


WALLAHUALAM..

Saturday, March 27, 2010

Berzikirlah



BERZIKIR





Dalam surah Al-Mulk ayat 13, Allah berfirman yang bermaksud, “ Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada”. Jadi, boleh sahaja berzikir dengan bersuara atau dalam hati. Untuk menambahkan kekhusyukan, bolehlah dilakukan dengan memejamkan mata untuk melihat keagungan Allah SWT melalui ciptaanNya.

Inti daripada zikir adalah menyebut nama Allah. Namun, berdasarkan tuntutan Rasulullah SAW, berzikir bukan sahaja dengan ungkapan Allah tetapi boleh juga berupa kalimat-kalimat lain yang berbentuk penyucian, pujian, pengagungan dan lain-lain seperti Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar.

Zikir boleh dilakukan di mana-mana pun, bila-bila masa dan dalam keadaan apa sekalipun. Memang terdapat zikir yang dituntut oleh Rasulullah SAW setiap selesai solat fardhu dan itu sangat utama untuk dikerjakan. Menghadap kiblat adalah arah yang terbaik walaupun menghadap mana saja, di situlah wajah Allah, sebagaimana firman Allah yang bermaksud,
“ Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk menghadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah, sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya ), lagi sentiasa Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah,ayat 115).

Bilangan zikir tidak terbatas, yang Allah perintahkan adalah zikirlah sebanyak-banyaknya. Allah berfirman,
“ Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.” (Surah Al-Ahzab,ayat 42)

Zikir secara sendirian adalah kewajipan bagi hamba Allah yang beriman. Adapun zikir secara berjemaah adalah sunnah Rasulullah SAW. Kedua-duanya memiliki faedah dan keutamaan yang besar.

ZIKIR HARIAN



Oleh: IMAM AL-GHAZALI
Di dalam: AL-IHYA’ ULUMUDDIN

HARI AHAD

يا حي يا قيوم

Wahai Allah yang tetap hidup dan tetap mengurus urusan makhluk.

Fadhilat zikir:
Memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat serta dicintai oleh setiap manusia.

HARI ISNIN

لا حول ولا قوّة الاّ با اللّه العليّ العظيم

Tidak ada upaya untuk menolak sesuatu kemelaratan dan mendatangkan sesuatu kemanfaatan melainkan Allah juga, Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agong

Fadhilat zikir:
Setiap bacaan, Allah memberi pahala sebesar Bukit Uhud, dan menghindarkan sifat-sifat mazmumah.

HARI SELASA

اللّهمّ صلّ على محمّد وعلى ال محمدّ وصحبه وسلّم

Ya Allah, kurniakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarganya dan para sahabt.

Fadhilat zikir:
Setiap satu kali bacaan, Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun.

HARI RABU

استغفر اللّه العظيم الّذي لا اله الاّ هو الحيّ القبّوم اتوب اليه

Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agong yang tiada Tuhan selain dari-Nya yang hidup atau yang menguruskan dan aku bertaubat kepada-Nya.

Fadhilat zikir:
Setiap satu kali bacaan , Allah akan hilangkan satu titik hitam dalam hatinya

HARI KHAMIS

سبحان اللّه وبحمده سبحان اللّه العظيم

Maha Suci Allah dan dengan kepujian-Nya , Maha Suci Allah Yang Maha Agong

Fadhilat zikir:
Setiap satu kali bacaan, Allah akan mengampunkan dosa kita sebanyak buih di lautan dan Allah akan menghidupkan satu pohon buat kita di Syurga.

HARI JUMAAT

يا اللّه

Ya Allah

Fadhilat zikir:
Allah akanmemberikan ketenangan hati kepada orang yang membacanya.

HARI SABTU

لا اله الاّ اللّه

Tiada Tuhan melainkan Allah

Fadhilat zikir:
Setiap kali kita menyebutnya, Allah akan hamper kepada kita dan Allah akan memberi segala kebaikan kepada kita.

Hiaskan lah diri anda dengan zikir-zikir ini sekurang-kurangnya 100 kali sehari,andainya tak terdaya janganlah pula tinggal semua. Berzikir mengingati Allah itu adalah ubat paling mujarab untuk jiwa.
Related Posts with Thumbnails