~sahabat~

Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

Di Kala Malam Yang Sunyi Sepi

Sedang Bani Insan Tenggelam Dalam Tidur Dan Mimpi,

Musafir Yang Malang Ini Tersentak Bangun 
Pergi Membasuh Diri 
Untuk Datang Mengadap-Mu Ya Allah. 

Lemah Lutut Berdiri Di HadapanMu 
Sedu-Sedan Tangisku Keharuan 
Hamba Yang Lemah Serta Hina Ini 
Engkau Terima Juga Mendekat
Bersimpuh Di Bawah Duli Kebesaran

Ya Allah, 
Hamba Tidak Pasti 
Bagaimana PenerimaanMu 
Di Kala Mendengar Pengaduan Hamba 
Yang Penuh Dosa Dan Noda Ini.

Dalam Wahyu Yang Engkau Nuzulkan 
Engkau Berjanji Untuk Sedia 
Menerima Pengaduan 
Dan Sudi Memberi Keampunan.

Dan Muhammad RasulMu Yang Mulia 
Itu Pernah Mengatakan: 
"Ampunan Tuhan Lebih Besar Dari Kesalahan Insan". 

Hamba Percaya Pada Tutur Kepastian Itu 
Sebab Itu Hamba Datang Wahai Tuhan 
Bukan Tidak Redha Dengan Ujian Yg Kau Beri
Aku Sekadar Hendak Mengadu PadaMu 
Tempat Hamba Kembali Nanti 
Memohon Sakinah, Maghfirah Dan Muthmainnah~

~ Ya Allah, Aku Memohon Keimanan Yang Menyentuh Hatiku Dan Keyakinan Yang Tulus. Jadikan Aku Redha Pada KetentuanMu Dan Berkatilah Aku Dalam TakdirMu.. Moga Dikuatkan Iman Yg Lemah .. Ameen ~

Monday, November 15, 2010

Tertawa Di Dunia Menangis Di Akhirat

Dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda 'Banyak orang tettawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'. Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri.Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi. Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampuai batas.Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu.Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita.

Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan.  Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.


“Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur”. Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.


Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu,akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: “Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawadi dunia nescaya banyak menangis di akhirat.”


Saidina Ali sentiasa mengeluh ‘....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....’ Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira  24  jam.


Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda ”Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka.”Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.


Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu.  Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata “Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak.”


 "ADAKALA kita perlu menangis supaya kita sedar bahawa ketawa sekadar untuk gembira...

ADAKALA kita perlu ketawa supaya kita dapat menilai betapa mahalnya setitis air mata...
DAN...ADAKALANYA kita perlu menghargai apa yang kita ada kerana selepas kehilangannya barulah kita menyedari yang dia amat berharga untuk kita..."
Wallahualam..

Thursday, September 23, 2010

Hipokritkah Kita???Anda penilainya..







Assalamualaikum... Wahai sahabat², seagama  dan seiman denganku... Tolonglah ambil masa3 minit untuk membaca note ini.... 3 Minit je, tak lama pun.. Kalau lebih 3 minit tu bukan membaca la tu.. tapi mengeja.. ;-) hehe..Mungkin ada yang pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... 

Bayangkan benda ini berlaku pada anda...Suatu hari pada masa solat jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa2 cuma dua biji mata and membawa mesin gun...

Lalu salah seorang lelaki tu bertempik  "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH 
 sila berdiri di tempat kamu!!" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah 
bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...

 Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan solat Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macam mana, adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas.???selain terhibur anda Fikirkanlah... "Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku diaIslam hanya 20 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelakihanya membawa mesin- gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak solat jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time solat jumaat.. tunjuk muka katorg kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile timesolat raya..." 

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam alQuran.." "

Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara,akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia..."lupakah kita tentang itu???janji Allah itu pasti..

"Lawak kan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa.. Adilkah kita terhadap khaliq kita???

Sekadar  untuk berkongsi kepada sahabat2 tentang apa yang berlaku di dunia kita skrg,...ambil pedoman apa yg berlaku di atas..sama2 kita tingkatkan IMAN kita..Islam cara hidup kita..:p



Thursday, July 22, 2010

Cukuplah Hanya Allah Bagi Kita

Menyerahkan semua perkara kepada Allah, bertawakal kepadaNya, yakin atas segala janji-janjiNya, redha atas keputusan-Nya, berbaik sangka kepadaNya,  menunggu kelapangan daripadaNya adalah sebaik-baik buah keimanan dan merupakan sifat orang-orang mukmin yang mulia. Ketika seorang hamba berasa tenang dengan kebaikan akhir daripada urusannya dan bersandar kepada Allah atas segala urusannya serta keadaannya, maka dia akan mendapat bimbingan, penjagaan, keteguhan dan pertolongan daripada Allah swt.
"Apabila engkau mendapatkan penjagaan Allah, Maka tidurlah dengan lelap kerana sekalian urusan akan berjalan secara aman"
Ketika Nabi Ibrahim a.s, dilemparkan ke dalam api yang membara, beliau berkata: Cukuplah Allah bagiku dan Dia adalah sebaik-baik wali, kemudian Allah merubah api yang membara tersebut menjadi sejuk dan keselamatan bagi Nabi Ibrahim. Demikianlah pula dengan nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat ketika diancam oleh kaum kafir, mereka berkata;
"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yg besar)  dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar" (Ali Imran: 173-174)
Sesungguhnya manusia tidak akan mampu melawan pelbagai kejadian di atas dunia ini, dia juga tidak akan menentang arus kehidupan kerana dia memang diciptakan dalam keadaan lemah dan tidak berdaya. Akan tetapi apabila dia bertawakal kepada Allah dan yakin atas pertolongannya, menyerahkan urusan kepada Allah maka dia akan dapat menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan hidup ini, jika tidak maka apakah usaha seorang hamba yang fakir dan dhaif ini dalam menghadapi masalah dan kesukaran hidup?
"Dan bertawakallah kamu hanya kepada Allah, jika kamu orang-orang beriman" (Al-Maidah: 23)
Marilah wahai orang-orang yang ingin menasihati dirinya untuk bertawakal kepada Allah yang Maha Kuat lagi Maha Kaya dan Perkasa, hanya Allah yang dapat menyelamatkanmu daripada musibah dan melepaskanmu daripada bencana, jadikanlah syiar dan semboyan dalam hidupmu; "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"

Jikalau hartamu hanya sedikit, hutangmu bertambah banyak, pendapatan tidak ada, dan pemasukan wang juga tidak ada maka ucapkanlah; "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"

Apabila penyakit menimpamu, rasa sakit menyeksa dirimu, dan dugaan tidak henti-henti menimpamu maka ucapkanlah"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"

Apabila engkau berasa takut menghadapi musuhmu atau dikejutkan oleh sebab fitnah orang atau kedengkian orang maka ucapkanlah; "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"

Sepertimana Firman Allah swt;
"Dan cukuplah Tuhanmu menjadi Pemberi petunjuk dan Penolong" (Al-Furqan: 31) 

Sumber: 30 Kunci Meraih Kebahagiaan, Dr Aidh Al-Qarni
Related Posts with Thumbnails